‘Belum boleh laksana PdPR dalam talian sepenuhnya’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian belum dapat dilaksanakan secara menyeluruh kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri menjelaskan, ia berikutan sebahagian besar murid tidak memiliki peranti sesuai selain faktor kekangan akses kepada internet.

“Kerajaan sedar murid terdiri daripada pelbagai latar belakang, sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun kawasan pedalaman.

“Oleh yang demikian, kita perlu terima hakikat pelaksanaan PdPR secara dalam talian belum dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis pelancaran TV DIDIK KPM hari ini.

DIDIKTV Road To Success SPM (2020): https://www.youtube.com/playlist?list=PLL9CnO8V-9tvp_AF9MyM2eGttS6TjITng

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat