Jamie Lee Curtis menyangka bertih jagung adalah ‘earpod’

- Advertisement -

Hantaran di Instagram pelakon, Jamie Lee Curtis mencuri perhatian dan mencuit hati setiap yang melihatnya apabila dia memasukkan bertih jagung yang disangka ‘earpod’ di telinganya.

Pelakon filem Halloween itu membuktikan bahawa tempoh ‘berkurung’ membuatkan kita melakukan perkara yang tidak dijangka.

“Jadi, saya nampaknya benar-benar hanyut dengan tempoh ‘berkurung’ ini. Saya masukkan ‘earpod’ ke dalam telinga dan kemudian, saya keliru kenapa saya tak dengar apa-apa bunyi,” tulisnya disertakan dengan emoji bertih jagung.

Dalam hantaran itu, Jamie turut berkongsi gambar bertih jagung yang berada di telinganya, sama seperti kedudukan ‘earpod’ yang biasanya dipakai untuk mendengar muzik.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di Instagram dan rata-rata mengatakan bahawa itu adalah insiden yang mencuit hati.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat