Nora terharu Di Persimpangan Dilema masih diminati

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, terharu apabila lagu popularnya, Di Persimpangan Dilema masih popular di Indonesia dan dinyanyikan peserta Indonesian Idol musim baharu, Melisa Hartanto baru-baru ini.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Datuk Wan Ariffin berkata, dia bersyukur lagu berusia 28 tahun itu terus diminati serta memuji versi baharu yang dinyanyikan Melisa.

“Mungkin ramai yang tidak tahu sejarah lagu ini sudah berusia 28 tahun. Di Persimpangan Dilema dipetik dari album pertama saya Sandiwara bersama Warner Music Malaysia.

“Arwah suami, Johan nawawi adalah penerbit album ini. Dia orang yang membawa saya ke dalam dunia seni dan juga pengurus sepanjang karier saya selama 25 tahun. Lagu ini cukup popular di Indonesia. Lagu melayu yang diterima dan diminati oleh pelbagai bangsa.

“Kris Dayanti dan Terry Shahab antara penyanyi yang menyanyikan semula lagu ini. Saya sukakan versi mereka. Sesuatu yang berbeza. Lagu ini juga ada versi duet bersama Vince Chong yang juga sahabat saya dan penyanyi yang hebat,” katanya.

Video nyanyian Melisa di akaun rasmi YouTube Indonesian Idol itu berjaya mendapat tontonan lebih 1.9 juta. Menerusi video terbabit, jurinya juga penyanyi terkenal Datuk Rossa dan Anang ternyata sangat memuja kehebatan lagu terbabit dan Nora sendiri.

“Di Persimpangan Dilema juga pernah mendapat anugerah khas Lagu Sepanjang Zaman. Sehingga hari ini, melodi lagu ini seolah-olah tidak pernah pudar. Sehingga kini, lagu ini adalah lagu wajib di setiap persembahan saya. Syukur.

“Terima kasih banyak-banyak buat sahabat Rossa dan Anang atas pengiktirafan anda. Ia sangat bermakna buat saya. Terima kasih juga kepada Melisa untuk rendisi anda yang indah. Saya sukakannya. Terima kasih Indonesia,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat