- Advertisement -
KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang menjalani kuarantin selepas menjalani ujian calitan RT-PCR.
Beliau melakukan ujian saringan itu selepas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diuji positif Covid-19, hari ini.
Tiga hari lalu, Tajuddin bertemu dengan Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara Datuk Onn.
“Saya telah menjalani swab test di Hospital Avisena Shah Alam pada Rabu 20 Januari 2021 jam 11 pagi.
“Buat sementara waktu ini saya kuarantin diri di rumah.
“Doakan semoga saya dan seluruh ahli keluarga tidak dijangkiti wabak Covid-19,” catat Ahmad Zahid di Twitter.