Ejen Ali masuk China

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Primeworks Studios dan WAU Animation menjalin kerjasama dengan platform penstriman video dalam talian terbesar China, Tencent Video bagi membawa masuk siri animasi Ejen Ali dalam misi menakluk pasaran di sana.

Kerjasama terbabit terkandung dalam perjanjian bersama syarikat kandungan dan jenama kanak-kanak terkemuka dan diiktiraf di China, CAWRO, sebagai pengedar rasmi program antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios dan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, kerjasama itu adalah langkah pertama Ejen Ali meraih peminat di sana pula.

“Berikutan sambutan positif penonton terhadap filem Ejen Ali The Movie tahun lalu, ini adalah masa yang tepat bagi memulakan kerjasama dengan CAWRO sebagai strategi mengembangkan jenama Ejen Ali ke peringkat antarabangsa.

“Sudah sampai masa untuk animasi terbitan anak Malaysia khususnya yang dihasilkan rakan kreatif kami WAU Animation untuk pergi jauh, mendapat lebih banyak peluang dan perhatian antarabangsa.

“Ini selaras dengan komitmen kami untuk membawa hanya kandungan terbaik tempatan ke peringkat dunia dan secara tidak langsung memperkenalkan perniagaan pelesenan dan jenama di rantau ini,” katanya.

 

 

Siri Ejen Ali sudah mula bersiaran di Tencent Video China bermula 1 Disember lalu dan dialih bahasa kepada Bahasa Mandarin dalam usaha menarik minat penonton di negara itu khususnya kanak-kanak.

Dalam tempoh empat hari tayangannya, siri terbabit berjaya menjadi tiga daripada program luar negara yang meraih rating tonton tertinggi sekali gus membuktikan pemilihan siri terbabit tidak sia-sia untuk dibawa ke sana.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat