Jom tengok wayang!

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Golden Screen Cinemas (GSC) bakal membuka kembali operasi panggung wayangnya bermula 16 Disember ini di sembilan lokasi seluruh negara yang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), baru-baru ini.

Sembilan lokasi itu adalah GSC Aman Central, Kedah; GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang; GSC Sunway Carnival, Pulau Pinang; GSC Dataran Pahlawan, Melaka; GSC AEON Bandaraya Melaka; GSC Alamanda, Putrajaya, GSC East Coast Mall, Kuantan, Pahang; GSC Mentakab Star Mall, Pahang dan GSC CityONE Megamall, Kuching.

Pengurus Perhubungan Awam dan Jenama GSC, Sharmine Ishak berkata, pihaknya teruja untuk kembali menyambut penonton ke panggung wayang mereka di samping masih mengetatkan prosedur keselamatan.

“Sembilan panggung dibuka itu berada di lokasi yang mana PKPB ditamatkan manakala panggung lain masih akan ditutup. Kami tidak sabar menyambut pengunjung kembali pada 16 Disember ini serta menayangkan filem Wonder Woman 1984 sebagai pembuka tirai.

“Pengunjung tidak perlu bimbang kerana panggung wayang kami akan dibersihkan sepenuhnya serta dinyahkuman setiap masa sepanjang hari. Kami mahu berikan mereka pengalaman yang terbaik,” katanya.

Sharmine berharap semua pengunjung turut memberi kerjasama dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ia termasuk pengesanan suhu, penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka setiap masa sekiranya tidak makan atau minum. Kami sudah tetapkan SOP sewaktu membuka semula operasi pada Julai lain. Justeru, pengunjung juga pastinya sudah biasa dengan SOP itu,” katanya.

Pada Oktober lalu, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE)  mengumumkan keputusan untuk menghentikan operasi semua panggung wayang di seluruh negara buat sementara waktu bermula November lalu.

Penutupan itu adalah keputusan yang diambil selepas melihat kesan PKPB yang dilaksanakan di beberapa negeri menyebabkan panggung wayang terpaksa ditutup selain jumlah filem yang sedikit.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat