“Kita Tidak Mendabik Dada Dan Stand Alone” Untuk Menang PRU- Ahmad Maslan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad b Maslan berkata,  UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerlukan gabungan parti politik yang lain untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Jelasnya, tanpa gabungan parti politik lain agak mustahil untuk UMNO dan BN bergerak sendiri kerana perlu ada parti-parti lain di Sabah dan Sarawak bagi memastikan kemenangan dan kembali berkuasa nanti.

“Kita tidak mendabik dada dan stand alone, tidak boleh”.

“Kita mesti ada gabungan parti baru untuk memerintah Malaysia”.

Katanya lagi, UMNO dan BN tidak boleh menafikan hakikat dan realiti politik Malaysia dimana perlunya ada Kerjasama antara komponen parti-parti untuk menjadi kerajaan.  Ujarnya lagi, itu sebab sehingga hari ini, UMNO masih bersama dengan rakan-rakan komponen dalam BN (MCA, MIC).

Beliau menyatakan, walaupun BN kini tidak mempunyai rakan komponen yang ramai seperti sebelum PRU14 lepas akibat ada rakan komponen menarik diri dari BN, agak mustahil BN untuk berdiri sendiri adalah agak sukar.

“Ini kita perlu cerita fakta, oleh itu BN perlu menang seberapa banyak kerusi, Kita perlu bergabung dengan parti-parti lain untuk menang bagi menubuhkan kerajaan,

“Jika BN mempunyai jumlah parti yang banyak termasuk di Sabah dan Sarawak, mungkin UMNO BN boleh berdikari,

“Dari segi realiti politik dan akibat pertukaran dari segi komposisi parti, BN masih perlu mengharapkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak untuk menyokong,” kata Ahmad Maslan ketika ditemubual dalam program OMG!, Malaysia Gazette.

Ahmad juga menjelaskan, bilangan kerusi Parlimen di Semenanjung berjumlah 165 kerusi, Sarawak 31 kerusi dan Sabah ada 25 kerusi.

“165 kerusi itu sukar untuk UMNO BN menang semua,

“ Saya ingin mengulangi sekali lagi, jika UMNO serta BN ingin menang dalam PRU15 dan ingin kembali menjadi kerajaan, kita perlu kerjasama gabungan rakan politik lain termasuk  di Sabah dan Sarawak,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat