- Advertisement -
LIMA: Francisco Sagasti, 76, mengangkat sumpah sebagai Presiden Peru yang baharu dalam sidang khas Kongres negara pada Selasa.
Sagasti yang mewakili parti Morado akan menjalankan tugasnya secara interim sehingga akhir Julai tahun depan.
Beliau dilaporkan akan memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan krisis politik yang tidak berkesudahan di negara itu.
Pelantikan Sagasti itu juga bagi meneruskan mandat Martin Vizcarra yang didakwa terbabit dengan salah laku oleh Kongres negara itu.
Kongres Peru melantik Sagasti sebagai Presiden interim yang baharu selepas penyandang jawatan itu sebelum ini, Manuel Merino meletak jawatan Ahad lalu selepas lima hari dilantik menduduki kerusi presiden itu. – AFP