20 Penduduk Lari Dari Kawasan PKPD Medan 88 Serah Diri Kepada Polis

- Advertisement -

SEPANG – Seramai 20 penduduk yang disyaki melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di sini sudah menyerah diri.

Daripada jumlah itu, seramai 13 individu terbabit dikesan kelmarin, manakala enam lagi semalam dan seorang hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, penghuni berkenaan terdiri daripada warga Bangladesh, India, Indonesia dan Nepal serta beberapa penduduk tempatan.

“Usaha mengesan penghuni lain yang masih hilang masih dijalankan.

“Kita amat mengharapkan kerjasama dan bantuan orang awam, sekiranya ada maklumat boleh salurkan kepada kami,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, individu yang tampil sebelum ini sudah menjalani saringan koronavirus (Covid-19).

Sebelum ini, media melaporkan seramai 400 penduduk di situ tidak kembali ke rumah selepas polis mengepung kawasan premis perniagaan terbabit.

PKPD di kawasan berkenaan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula semalam sehingga 25 November ini membabitkan seramai 800 penduduk meliputi 88 unit rumah kedai dan 284 premis perniagaan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat