Golongan M40 Turut Terima Manfaat Belanjawan 2021 – Tengku Zafrul

- Advertisement -

CYBERJAYA – Golongan berpendapatan sederhana (M40) turut menerima manfaat menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada Jumaat lalu, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya pelbagai inisiatif disediakan kerajaan kepada golongan M40 merangkumi dua kategori iaitu kumpulan yang hilang pekerjaan dan masih ada pekerjaan.

“Bagi kumpulan M40 yang hilang pekerjaan, pelbagai inisiatif disediakan termasuk faedah Sistem Insurans Pekerja (SIP) yang dilanjutkan sehingga sembilan bulan berbanding enam bulan sebelumnya.

“Selain itu, sebanyak RM1 bilion diperuntukan bagi Program Upskiling dan Reskiling yang dikhususnya kepada golongan ini dalam menyediakan latihan serta jaminan pekerjaan apabila tamat latihan yang diadakan bersama majikan.

“Pengecualian cukai turut diberikan sehingga lebih RM20,000 dan manfaat daripada program moratorium sama ada melanjutkan mahupun menstrukturkan semula bayaran pinjaman berikutan hilang pekerjaan atau pendapatan terjejas,” katanya, dipetik dari laporan Awani, hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, bagi kategori hilang pekerjaan, Tengku Zafrul berkata, kumpulan itu masih boleh mengeluarkan wang dalam Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi program i-Lestari sebanyak RM500 dalam tempoh 12 bulan.

“Selain itu, Skim Perlindungan Masyarakat (Mysalam), penurunan kadar cukai pendapatan sehingga satu peratus bagi mereka yang berpendapatan lebih RM50,000 hingga RM70,000 setahun.

“Penurunan kadar caruman dalam KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus turut diberikan kepada kumpulan ini dan hasil daripada usaha itu, ia akan merancakkan ekonomi sebanyak RM9.3 bilion,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat