Nabila hiba rezeki dipertikai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bukan perkara baharu apabila penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 28, dikecam serta dihentam bagaikan tiada perasaan.

Kecaman diterima penyanyi lagu Peluang Kedua bagaikan silih berganti sejak tujuh tahun lalu, namun ia tidak sesekali mematahkan semangatnya. Biarpun ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata netizen, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia pada 2013 hanya mampu tersenyum dan tidak meletak kesedihan dalam hati.

Mungkin dilihat kebal dengan kecaman, tetapi namun jauh di sudut hati pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati dan Pesan Pada Hati itu hanya manusia biasa.

Terbaharu, pemilik nama penuh, Nur Nabila Mohd Razali dikecam seorang pemilik Instagram (IG) yang memaki hamun dan memanggilnya dengan gelaran mengaibkan. Selain dihina dan dipertikaikan rezeki diperoleh, pemilik IG itu juga

menuduhnya ‘bermain kotor’ untuk mendapat tawaran berlakon.

Paparan skrin mesej yang dihantar pemilik akaun IG berkenaan turut dikongsi di laman Twitter.

“Ia bukanlah perkara baru apabila dikecam seteruk ini. Cuma, saya jadi hiba apabila rezeki yang diperoleh dipertikaikan. Saya sendiri tidak pernah mempertikaikan rezeki orang lain.

“Saya bekerja keras untuk sampai ke tahap hari ini. Bohonglah jika saya tidak terkesan dengan komen berunsur ugutan ini. Rasanya sesiapa pun tidak boleh menerima kecaman dan makian seperti ini, begitu juga saya,” katanya kepada BH Online.

 

Kecaman diterima penyanyi, Nabila Razali bagaikan silih berganti sejak tujuh tahun lalu, namun ia tidak sesekali mematahkan semangatnya. - Foto IG Nabila Razali
Kecaman diterima penyanyi, Nabila Razali bagaikan silih berganti sejak tujuh tahun lalu, namun ia tidak sesekali mematahkan semangatnya. – Foto IG Nabila Razali

 

Bekas graduan sarjana seni bina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, dia dan pasukan kerjanya tidak pernah mengganggu sesiapa pun selama ini, jauh sekali mahu membolot rezeki orang lain.

Malah, katanya, dia terlalu fokus untuk memikirkan cara untuk terus relevan dalam dunia seni.

“Saya berharap tiada lagi kecaman dan maki hamun seperti ini pada masa akan datang. Saya terlalu sibuk memikirkan soal kerjaya dan kehidupan.

“Saya juga ingin memohon maaf sekiranya pernah mengguris hati sesiapa tanpa sedar sepanjang bergelar anak seni,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Keluarga Iskandar The Movie itu turut membolosi tiga kategori dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke 33. Nabila dicalonkan menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Shukri Yahaya.

“Ini tahun kedua saya dicalonkan dalam top 20, ABPBH. Belum ada rezeki menembusi top 5.

“Jika dapat melepasi top 5 pun saya sudah teruja. Kelab peminat, Nabaela FC pun rancak mengundi saya dalam media sosial. Saya tak sabar menantikan malam kemuncak ABPBH 33 pada 13 November ini,” katanya yang turut mara separuh akhir Muzik Muzik 35 menerusi lagu Peluang Kedua.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat