Hishammuddin tak tolak isu PM letak jawatan dibincang BN hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu antara inti pati pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn hari ini adalah membincangkan keperluan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Sembrong itu ketika ditemui media memberitahu BN akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat hari ini.

Ditanya, “Apakah ada keperluan untuk Perdana Menteri letak jawatan?

Hishammuddin berkata,” itulah yang kita (BN) akan bincangkan sekarang. Saya nak dengar pendirian BN terlebih dahulu”.

Dalam perkembangan lain, ketika diajukan soalan sama ada UMNO masih bersama Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Bendahari BN berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam pertemuan UMNO yang dijadual malam ini.

“Saya tidak tahu, kita perlu tunggu mesyuarat UMNO terlebih dahulu (malam ini),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat