Tuduh Orang Mencuri, Tapi Anak Mahathir Kaya Berbilion

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib melalui laman Facebook berkata ahli parlimen Langkawi itu sering menuduh orang lain mencuri tetapi yang kaya berbilion-bilion adalah anaknya sendiri.

“Pepagi (pagi-pagi) lagi dah start (mula). Tak habis-habis dia (Mahathir) ni.

“Berderet-deret (ciapan) tweetnya. Paling pelik ialah dia asyik tuduh orang lain mencuri tapi yang kaya berbilion-bilion pulak ialah anak-anak dia.

“Satu keluarga termasuk cucu-cicit ke sini ke sana pakai ‘private jet’,” ujar Najib sebentar tadi.

Ahli parlimen Pekan itu turut memuat naik tangkap layar ciapan Mahathir di Facebooknya.

Sebelumnya dalam satu catatan di Facebooknya, Mahathir mendakwa Najib berhasrat untuk menjadi perdana menteri lagi.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Najib yang juga bekas perdana menteri keenam menyifatkannya bekas “bosnya” itu sebagai seorang yang pelik apabila menuduhnya mahu kembali menjadi perdana menteri.

“Yang jadi PM7 selepas jadi PM4, dia. Yang mahu jadi PM8, dia. Yang umum dan jelajah ‘blackout’ satu negara mahu jadi calon PM9, dia.

“Yang dia tuduh mahu jadi PM, saya. Pelik betul individu ini,” tulis Najib di media sosialnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat