Video: Mural Gergasi Sempena Covid19 Diconteng

- Advertisement -

Shah Alam – Mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara, termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, diconteng individu tidak bertanggungjawab.

Melalui klip video berdurasi 0:15 saat yang dikirimkan ke SuaraTV sebentar tadi, mural-mural tersebut diconteng dengan kata-kata kesat seperti babi, bangsat dan sebagainya.

Mural tersebut dihasilkan tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27.

Seri Paduka sebelum ini turut berkenan berkenan berangkat melawat mural gergasi tersebut sebelum mengurniakan surat penghargaan dan cendera kenangan kepada tiga pelukis terbabit.

Menurut ketiga-tiga pelukis itu, penghasilan mural ini sebagai cara mereka mengekspresi penghargaan terhadap pemimpin yang sudah banyak berjasa kepada negara.

Selain potret Al-Sultan Abdullah, pelukis berkenaan turut menghasilkan potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Potret ini dilukis sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin negara atas usaha mereka memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, terutama ketika penularan wabak COVID-19.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat