Pemilihan Speaker, PH Hipokrit Kata Najib

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri, Najib Razak meminta semua pihak “beralih” daripada isu pertukaran speaker Dewan Rakyat kerana tindakan itu tidak menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, undang-undang jelas menyatakan Parlimen boleh menukar speaker Dewan Rakyat pada bila-bila masa, seperti undian yang diadakan untuk menyingkirkan Mohamad Ariff Md Yusof.

Ahli Parlimen pembangkang kecoh, apabila usul melantik bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun sebagai speaker baru diterima tanpa undian.

“Saya ingin mengingatkan pembangkang, ketika Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan dan mencadangkan Tan Sri Ariff sebagai speaker, tiada undian juga.

“Malah ada video mengenainya dalam talian, jadi agak hipokrit mereka mengkritik pelantikan speaker baru sedangkan mereka melakukan perkara sama,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengingatkan pembangkang yang Azhar adalah pilihan PH untuk mengetuai SPR.

“Jika anda fikir beliau bukan seorang yang adil, bukan orang yang berkebolehan atau tidak berintegriti, mengapa anda melantiknya sebagai pengerusi SPR ketika itu? Atau anda fikir pilihan raya tidak perlu adil dan berintegriti?” soalnya.

Beliau berkata, pembangkang perlu fokus kepada isu yang menjejaskan rakyat, seperti Covid-19 dan ekonomi, bukannya bermain politik.

Katanya, mereka harus menjadi pembangkang yang efektif dan berdebat menggunakan fakta dan angka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat