1MDB: Penerbit Hollywood Bebas Tanpa Dilepaskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan penerbit Hollywood, Riza Aziz yang dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas pendakwaraya ad hoc, Gopal Sri Ram beritahu mahkamah ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

“Suatu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh yang mana terma-termanya adalah kerajaan persekutuan akan terima sejumlah wang yang banyak mencecah beberapa juta ringgit,” katanya, membaca kenyataan yang disediakan.

Sri Ram berkata jumlah itu secara langsung merujuk kepada isi pertuduhan

Dengan persetujuan ini, katanya, pertuduhan terhadap Riza tidak akan diteruskan buat masa ini sementara menunggu perjanjian selesai.

“Pihak pendakwaan, dengan persetujuan tertuduh, memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk melepaskan tanpa membebaskan,” katanya – FMT.

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat