Covid-19: Syarikat Pengeluar Mohon Jangan Diminum Produk Pembersihan Mereka

- Advertisement -

NEW YORK: Syarikat yang mengeluarkan produk pencuci Lysol, memohon pengguna untuk tidak memasukkan produk keluaran mereka ke dalam badan selepas Presiden Donald Trump semalam mencadangkan kemungkinan menyuntik produk nyahkuman untuk melindungi manusia dari Coronavirus.

Reckitt Benckiser (RBGLY), sebuah  syarikat British, memberi amaran pada Jumaat bahawa penggunaan produk mereka dalam badan manusia adalah berbahaya. Ia mengeluarkan amaran tersebut berikutan “spekulasi dalam aktiviti media sosial”.

“Sebagai pendahulu global produk kesihatan dan kebersihan, kami mesti jelas bahawa dalam apa keadaan sekalipun, produk kami tidak boleh dimasukkan ke dalam badan manusia (melalui suntikan, penghadaman atau dari mana-mana punca kemasukan),” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

RB berkata, produk mereka “hanya diguna seperti diperlukan dan selaras dengan garis panduan penggunaan.

Syarikat itu juga berkata mereka bertanggungjawab menyediakan pengguna dengan akses maklumat yang tepat dan terkini seperti dinasihatkan oleh pakar kesihatan awam.

Kenyataan ini juga menyusul selepas kenyataan dari Presiden Trump pada Khamis mengenai penggunaan bahan nyahkuman untuk menghapuskan virus Covid-19 – CNN

– SuaraTV

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat