500 Wakil Negara: Najib Buktikan Adham Tidak Menipu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam nada sinis, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir seorang pemimpin pembangkang yang semalam meminta Menteri Kesihatan meletak jawatan sekiranya beliau gagal membuktikan hanya tersasul bila mendakwa berbincang dengan “500 negara” sedangkan yang sebenarnya, 500 wakil negara.

Kata pemimpin pembangkang berkenaan di dalam blognya, “Let’s Adham give details and provide evidence of such a conference or video meeting where there were 500 participants. If he cannot do so, may be he should tender his resignation”.

Tulis Najib dalam hantaran Facebooknya hari ini, “Menteri kesihatan PN tipu?

“Paling banyak saya tengok ialah 498 orang sahaja (wakil pelbagai negara) – tak sampai pun 500 yang dia claim (dakwa)”.

Menurut Najib, beliau tidak menyangka pemimpin pembangkang yang berkenaan sanggup membuat kenyataan rasmi hanya untuk meminta Menteri Kesihatan menunjukkan bukti pernah menghadiri persidangan video dengan 500 orang wakil pelbagai negara.

Sebaliknya kata Najib, “Dr. Adham Baba hanya mampu tunjuk bukti bahawa dia pernah video call dengan 498 (kurang 2 dari 500) orang sahaja”.

“Mana datang 500 orang (wakil pelbagai negara)? 498 saja yang saya tengok. Habislah Dr. Adham! Kit Siang dan seluruh barisan PH tak akan maafkan kamu”, sindir Najib lagi.

Najib mengakhiri postingnya dengan hashtag #donepembaris – tanda pagar yang biasa digunakan dalam hantaran berbaur sinikal – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat