KUALA LUMPUR – Kesemua negeri di Malaysia beralih Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Januari akan datang.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengumumkan Sarawak dan Kelantan akan beralih ke Fasa 4 PPN berkuatkuasa 3 Januari 2022.

“Kerajaan bersetuju untuk membenarkan peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri-negeri berikut berkuatkuasa 3 Januari 2022 iaitu membabitkan Sarawak dan Kelantan.

“Ini juga bermakna kesemua negeri di Malaysia telah beralih ke Fasa 4 PPN,” katanya pada Jumaat.

Namun Hishammuddin menyeru kepada orang ramai agar kekal berwaspada.

Tegas beliau, COVID-19 masih merupakan ancaman kepada keselamatan dan kesihatan terutama dengan penularan varian Omicron.

“Pakai pelitup muka, amal penjarakan fizikal, dapatkan dos penggalak sekiranya layak, lakukan ujian pengesanan COVID-19 secara berkala dan amalkan TRIIS dengan sebaik mungkin,” nasihat beliau.