BN Lipis yakin kekalkan Parlimen dan tiga kerusi DUN

- Advertisement -

CYBERJAYA: BN Lipis yakin dapat mengekalkan kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menyasarkan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menggunakan tagline ‘Satu Lipis Kekal BN’, Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berpuas hati dengan kesiapsiagaan ditunjukkan jentera BN Parlimen Lipis bagi menghadapi PRU-15 pada 19 November ini.

Menurutnya, kecenderungan itu juga berasaskan maklum balas diberikan terhadap perkhidmatan dan kebajikan yang dihulurkan oleh kepemimpinan BN di Lipis selain kerap turun padang bertemu masyarakat.

“Saya melihat gerak kerja yang ditunjukkan semua lapisan kepemimpinan sama ada peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada tahap yang tertinggi.

“Ini sekali gus menunjukkan kita bersedia mempertahankan kerusi Parlimen dan tiga DUN iaitu Padang Tengku, Cheka dan Benta,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Dalam pada itu Abdul Rahman berkata, BN Lipis juga mempunyai strategi sendiri dalam menarik sokongan pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun yang kali pertama mengundi dalam PRU-15.

“Kita tidak memandang remeh kewujudan dan kehadiran pengundi muda dalam PRU kali ini, jadi kita akan susun langkah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi muda.

“Justeru itu, BN Lipis telah menggerakkan jentera lebih awal untuk mendekati golongan muda dan yakin akan berupaya untuk mendapat sokongan mereka dalam PRU tidak lama lagi,” katanya.

Untuk rekod, pada PRU-14, Abdul Rahman memperoleh 13,995 undi dengan majoriti undi sebanyak 6,569 menewaskan calon PKR, Datuk Badarudin Abd Rahman dan calon PAS, Sobirin Duli yang masing-masing memperoleh undi sebanyak 7,426 dan 6,671.

Parlimen Lipis juga adalah antara kubu kuat BN yang menyapu bersih kesemua tiga kerusi DUN dan Parlimen pada PRU-14.

author avatar
Zulaikha Zulkifli
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat