YBR agih bantuan bakul makanan kepada 600 keluarga B40 Kuala Langat

- Advertisement -

MORIB – Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 600 keluarga isi rumah B40 di sekitar Kuala Langat, hari ini.

Sejumlah RM90,000.00 diperuntukan untuk majlis ini dan setiap penerima akan menerima bantuan sebanyak RM150.00.

Bantuan bakul makanan ini diserahkan semasa Majlis Penyampaian Ihsan Madani, di sini.

Majlis ringkas penyerahan bantuan itu telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datin Hajah Faizah diadakan di Dataran Pantai Morib.

Turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Haji Zamri Salleh; Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Haji Abdullah Sani Abdul Hamid; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Adam Abd Ghani; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman; Ketua Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR; Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Faizah di dalam satu kenyataan berkata, bantuan ini diberikan kepada mereka yang memerlukan dikalangan keluarga B40, fakir miskin dan ibu tunggal.

“YBR prihatin dengan kekangan yang dihadapi mereka yang kurang bernasib baik disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Tambah beliau lagi, Yayasan Bank Rakyat amat bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang terjejas ini dan berharap bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung.

“Kami di YBR sentiasa cakna dalam membantu masyarakat dalam meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya.

Pada tahun 2024, YBR telah memperuntukkan hampir RM600,000.00 bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dari kalangan B40.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat