Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-63 Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perutusan sempena sambutan Hari kemerdekaan negara menulis, “kemerdekaan yang kita miliki ini terhasil dari tumpahan keringat, darah dan air mata setiap pejuang yang terdahulu”.

Justeru dalam mengisi kemerdekaan ini, Zahid mahu kedaulatan negara yang berpaksikan prinsip Rukun Negara ini, dipertahankan, di samping membentuk warga yang cinta kepada keamanan.

Zahid juga mahu rakyat menyerlahkan nilai-nilai patriotisme kepada Malaysia dalam norma baharu sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-63 ini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pula, seperti dipetik dari akaun Facebooknya menulis, “Kemerdekaan adalah sebuah anugerah yang besar lagi tidak ternilai, perlu dihargai”.

Kemerdekaan menurut beliau, harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya.

“Kemerdekaan hanya datang sekali

“Tanah air ini, milik setiap seorang daripada kita”, kata beliau lagi

Najib mahu kemerdekaan ini dipertahankan dan sesiapa pun tidak harus dibenarkan untuk memusnahkan apa yang dimiliki selama ini iaitu selama ini iaitu kemerdekaan dan kemajuan anak bangsa.

“Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2020”, kata beliau di akhir hantaran yang mendapat lebih 15 ribu like Dan dikongsi lebih daripada 600 kali itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat