KAHERAH- Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh di Tehran, Iran.
Kumpulan militan Palestin Hamas memaklumkan pemergian Haniyeh itu dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
Media melaporkan, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan salah seorang pengawal peribadinya terbunuh apabila kediamannya diserang di Tehran, mengesahkan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dalam satu kenyataan.
Jabatan Perhubungan Awam IRGC mengumumkan bahawa serangan itu berlaku awal pagi Rabu dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca.
Kenyataan itu merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Palestin, masyarakat Islam, dan pejuang Barisan Penentangan atas kehilangan pemimpin Hamas itu.
Sehari sebelum kejadian, Haniyeh telah menghadiri majlis perasmian presiden baharu Iran dan bertemu dengan Pemimpin Tertinggi Iran.