Kerajaan ‘terpaling reformasi’ senyap membisu melihat sahaja pelanggaran moral – Fadhli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa sewenang-wenangnya menabur peruntukan dan janji-janji
manis pilihan raya kepada pengundi di pentas kempen tanpa menghiraukan etika.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari membidas, meskipun pelbagai janji manis ditabur namun pengundi tetap menolak parti komponen kerajaan pada hari mengundi.

“Di PRN Terengganu diumum peruntukan untuk persatuan belia. Manakala, di PRK Kemaman, dikatakan BN bakal jadi ‘jambatan’ ke federal.

“Di PRK Sungai Bakap, dua projek besar diumum segera jika PH menang.

“(Tapi) semuanya rakyat tolak,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Ujar Fadhli setiap pengumuman Zahid itu tidak ditegur meskipun sedar ia salah dalam etika berkempen.

“Tetapi kerajaan terpaling reformasi senyap membisu melihat sahaja pelanggaran moral seperti ini.

“Padanlah orang kata, kerajaan ini paling tak guna dalam sejarah Malaysia,” tempelak beliau.

Terkini Zahid mengumumkan ‘hadiah’ untuk 68 kampung Orang Asli Gua Musang dan memberitahu Nenggiri akan berubah wajah jika rakyat beri mandat kepada BN.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat