Fokus Kita Serang Musuh, Jangan Serang Sesama UMNO – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA PILAH – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa ahli UMNO supaya tidak menyerang satu sama lain serta kepimpinan parti itu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung.

Beliau sekali gus mengingatkan tindakan menyerang sesama sendiri disebabkan ‘berlainan kem’ dalam parti, hanya akan merugikan UMNO.

“Oleh kerana anda berlainan kem, anda serang orang yang bukan kem. Akhirnya yang rugi adalah UMNO. Orang melihat UMNO tak habis-habis bergaduh sesama sendiri.

“Saya takut perkara ini berlaku. Jadi kepada orang UMNO, saya meminta janganlah kita serang sesama sendiri.

“Dalam pilihan raya ini, musuh kita sudah jelas siapa. Kita serang musuh, jangan serang sesama sendiri,” katanya kepada pemberita selepas program Sepetang Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman, Bersama Warga Johol, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tindakan pihak yang sudah bukan ahli UMNO tetapi mengkritik parti itu pula, Ismail Sabri berpandangan ia adalah hak mereka.

Selain itu, beliau berkata, individu terbabit juga berhak untuk memilih dan menyokong parti yang dikehendaki.

“Hak dia untuk memilih parti yang dia hendak sokong. Kalau serang kita (UMNO) pun, dia memang sudah berada di luar parti,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat