Pengawal Keselamatan Dipukul, Kedutaan Nepal Buat Laporan Polis

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kedutaan Nepal di sini telah membuat satu laporan polis berhubung penularan satu video yang memaparkan seorang lelaki dipukul.

“Kedutaan Nepal mengetahui kejadian seorang penjaga keselamatan yang dipukul berdasarkan rakaman yang tular.

“Satu laporan polis telah dibuat agar siasatan boleh dilakukan. Pihak kedutaan turut itu mengalu-alukan sebarang maklumat tambahan kejadian itu melalui emel [email protected] atau talian 0162472777,” memetik kenyataan tersebut di laman Facebook.

Berdasarkan klip berdurasi 1 minit itu, lelaki yang memakai pakaian seragam penjaga keselamatan itu dilihat telah dipukul dan ditendang berkali-kali tanpa sebarang belas ehsan.

“Apa masalah lu. Lu main-mainkah? Lu mari sini kerja, bukan cari masalah,” ujar seorang lagi lelaki sambil menumbuk muka penjaga keselamatan itu.

Menurut tarikh tertera dalam rakaman video itu, ia dirakam pada 7 Julai lalu.

Sementara itu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa tindakan diambil terhadap penyerang lelaki tersebut.

“Ia adalah perhambaan. Polis perlu mengesan dan menahannya,” katanya kepada sebuah portal berita.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat