“Tidak wajar kaitkan saya dan seluruh institusi diraja dengan tindakan anggota keselamatan luar” – TMJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan baginda sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden di St Regis Hotel, Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu.

Namun baginda bertitah, mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan dirinya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar.

“Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” tegas baginda.

Tunku Ismail bertitah demikian merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.

“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya.

“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa,” ujar Tunku Ismail di Facebooknya pada Jumaat.

Justeru, baginda menggesa semua pihak membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Pada 28 Mei baru-baru ini, seorang pengawal pengiring kepada orang kenamaan (VVIP), disiasat polis kerana disyaki memukul seorang lelaki kurang upaya bisu dan pekak di sebuah hotel dekat KL Sentral.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mangsa OKU berusia 46 tahun itu yang juga pemandu e-hailing dipukul ketika berada di lobi hotel berkenaan.

Bagaimanapun insiden itu telah diselesaikan secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat