Jangan Nanti Rakyat Kata “Rafizi Turun, Ringgit Naik” – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli disoal formula yang dipilihnya untuk memulihkan ekonomi negara terutamanya berhubung kejatuhan nilai ringgit.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi malah mendakwa mungkin kerana ‘kegagalan’ Rafizi itu muncul cerita kononnya berlaku rombakan Kabinet.

“Rakyat belum nampak langkah signifikan yang Rafizi buat untuk ekonomi negara. Sekurang kurangnya polisi baru “ekonomi rakyat”.

“Mana dia dasar yang lebih baik daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)? soal Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Facebook pada Rabu.

Beliau juga menempelak Rafizi yang dikatakan tidak mengemukakan formula seperti yang biasa dibuatnya sebelum dilantik menjadi menteri.

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri.

“Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa.
Jangan nanti rakyat kata “Rafizi turun, ringgit naik”.

“Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan Kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,” gesa Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat