‘Wanita Tua’ Lumur Kek Pada Potret Mona Lisa

- Advertisement -

PARIS – Seorang lelaki berpakaian seperti wanita tua dilaporkan melompat daripada sebuah kerusi roda dan melumurkan kek pada lukisan Mona Lisa karya artis seni terkemuka, mendiang Leonardo Da Vinci, lapor laman berita Wion News semalam.

Rakaman video kejadian di Muzium Lourve, Paris itu tular di media sosial.

Lelaki itu pada awalnya cuba memecahkan penghadang kaca kalis peluru yang menutupi lukisan berkenaan.

Apabila gagal berbuat demikian, dia melumur kek untuk menutup lukisan itu sepenuhnya.

Rakaman video sama menunjukkan dia juga sempat menabur kelopak bunga mawar sebelum ditahan oleh pengawal-pengawal keselamatan.

Sebelum dibawa keluar, lelaki itu berbicara kepada pengunjung muzium berkenaan dalam bahasa Perancis.

Akhbar Sepanyol, Pledge Times kemudian melaporkan bahawa lelaki itu menjerit: “Sesetengah orang cuba memusnahkan Bumi, fikirkan Bumi!”.

Beberapa saksi berkata, lelaki berkenaan menyamar sebagai wanita tua dengan memakai rambut palsu dan menaiki kerusi roda ketika masuk ke Muzium Lourve.

Motif perbuatan lelaki tersebut masih tidak jelas termasuk cara dia menyelinap masuk ke dalam bangunan itu. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat