Pusat Sehenti Diwujudkan Untuk Keluar Surat Kebenaran Operasi Perkhidmatan Perlu – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat sehenti akan diwujudkan untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi perkhidmatan perlu sewaktu sekatan pergerakan penuh yang bermula esok.

Perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

MKN dalam kenyataan hari ini berkata pusat sehenti berkenaan akan diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan.

Sehubungan itu, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI dan melibatkan semua kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, selaras dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang akan berkuat kuasa sehingga 14 Jun, semua surat kebenaran beroperasi sebelum ini yang dikeluarkan MITI bagi sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan oleh kerajaan adalah terbatal. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat