Gandingan mantap Nitro 5 dengan AMD Ryzen

- Advertisement -

ACER Malaysia memperkenalkan reka bentuk baharu barisan Nitro 5 yang dikuasai oleh cip pemproses AMD Ryzen 9 5900 HX di dalam laptop untuk memastikan kepantasan dan kecekapan prestasi.

Pengarah Perniagaan Konsumer, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet, berkata diperkenalkan menerusi kempen ‘Zero to Nitro’ membolehkan syarikat itu kekal utuh dalam industri teknologi maklumat.

“Menggunakan pemproses baru ini, ia sekali gus memperkasakan pengguna dalam permainan komputer atau pelbagai kegiatan lain seumpamanya,” katanya pada majlis pelancarannya secara maya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acer Nitro 5 adalah laptop game yang ditambah baik hingga ke tahap tertinggi menggunakan cip pemproses AMD Ryzen 9 5900 HX dan keupayaan grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 untuk menghasilkan gabungan kuasa paling ideal kepada penggemar game.

Bukan itu saja, malah Nitro 5 ini menyediakan lagi dua slot untuk M.2 PCIe dan dua slot 3200 MHz DDR4 untuk membolehkan pengguna menambah kapasiti RAM dengan mudah sehingga 32GB.

Ia juga menyokong penyambungan Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600 yang semuanya untuk memastikan kepantasan operasi.

 

ACER Nitro 5. FOTO Ihsan Acer
ACER Nitro 5. FOTO Ihsan Acer

 

Satu lagi faktor yang amat penting ada pada barisan Nitro 5 baru ini ialah sistem termalnya dengan dua kipas dan empat lagi yang ditempatkan secara strategik untuk memastikan aliran udara yang cekap bagi memastikan laptop ini kekal sejuk.

Manakala teknologi CoolBoost dan NitroSense membolehkan pengguna memantau kelajuan kipas dan menambah kelajuan ketika perlu untuk memastikan prestasi tidak dikompromi.

Enam varian Nitro 5 diperkenalkan di pasaran tempatan dengan harga bermula RM3,699 hingga RM8,999.

Pada masa sama, Acer turut memperkenalkan monitor Nitro QG241Y dengan panel skrin bersaiz 23.8 inci. Ia menyokong kadar penyegaran semula 165Hz dan masa tindak balas VRB 1ms untuk kelajuan kerangka ‘rendering’.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat