Suspek pukul imam dihantar ke Hospital Permai

- Advertisement -

KUANTAN – Mahkamah Majistret Kuantan hari ini memutuskan suspek yang ditahan kerana memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, dekat sini pada 26 Mac lalu dihantar ke Hospital Permai, Johor untuk pemeriksaan mental.

Keputusan itu dibuat majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman selepas permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dikemukakan oleh timbalan pendakwa raya Ezuain Farhana Ahmad dan Anuarul Hakim Abdul Muen.

Tertuduh juga tidak diberikan sebarang jaminan sehingga mahkamah mendapat laporan psikiatri dari hospital berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 26 Mac lalu pada jam sekitar 6.30 pagi di ruang solat utama Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, tertuduh, Ahmad Paijan Abd Rashid, 38 tahun, dengan sengaja menyebabkan gangguan kepada sembahyang Subuh yang sedang dijalankan dengan sah di sisi undang-undang.

Oleh demikian tertuduh melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Ahmad Paijan hanya menjawab ‘saya terdengar suara’ ketika disoal adakah dia faham pertuduhan dibacakan terhadapnya ketika prosiding itu.

Kejadian itu dilaporkan media selepas video berkenaan tular di media sosial.

Dalam rakaman video itu, seorang lelaki dipercayai kurang siuman menyerang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1.

Mangsa adalah imam jemputan dari Maahad Tahfiz Thurath dekat Kuantan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat