Bangsa Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Ibu Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perasaan gembira jelas terpancar di wajah Bangsa Johor yang menunggu sejak awal pagi ini, 31 Januari di sepanjang jalan bagi menyaksikan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berangkat dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru, sebelum ke Hangar DiRaja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 27 Oktober tahun lalu.

Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-264 (Khas), bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan, diikuti Pengisytiharan Memegang Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di Hangar Diraja LTAS disambut oleh Tunku Abdul Majid Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Aris Bendahara; Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar dan Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Pengiring.

Hadir sama, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.

Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa, Pengelola Bijaya Diraja Johor, melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali sebagai simbolik keberangkatan Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda kemudian berangkat ke pesawat peribadi Baginda dengan melalui Kawalan Kehormatan Setempat Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat