FilemDain Said, HARUM MALAM Menemui Penonton 9 Febuari Ini

- Advertisement -

Pengarah flem tersohor Dain Said, kini kemball engan sebuah karya baru yang amat dinantikan-nantikan. Flem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari 2023.

Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup lgbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib pada mata kasar manusia.Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan lqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk lqbal membezakan antara realiti dan ghaib. Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga lqbal terdedah dengan makhluk ghaib yangamat merbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, lqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.

Harum Malam dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda,
Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein. Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat
muda yang menyinar – ldan Aedan, Arie Shasha dan Angelica Petra.

Filem ini diterbitkan oleh Apparat dengan kerjasama bersama dengan D’Ayu Pictures dan
Skop Productions. Skop, penerbit filem seram Munafik 2, yang masih memegang rekod
kutipan pawagam filem seram yang paling tinggi, akan mengendalikan pengedaran di Ma-
laysia, Singapura dan Brunei. Edaran Skop terkini, filem Mat Kilau, telah berjaya menjadi
filem box office terbesar di dalam sejarah filem Malaysia. Manakala D’Ayu Pictures pula
telah menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gangster pada bulan Disember 2022.
Harum Malam juga diterbitkan dengan Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Per-
badanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Harum Malam mendapat tayangan perdana festival filem antarabangsa di Fantastic Fest,
sebuah festival filem bercorak “‘genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara di
Austin Texas pada September 2022. Pada bulan Oktober 2022 telah berlangsung tayangan untuk flem Harum Malam di Sitges Film Festival, Sepanyol, sebuah festival flem genre yang utama di Eropah. Di pasaran antarabangsa, Harum Malam diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ Films pula mewakili filem int di pasaran Amerika Utara. Judul antarabangsa untuk filem Harum Malam adalah Blood Flower. Manakala 8 Malaysia malam gala tayangan filem ini telah dilaksanakan di GSC Starling Mall pada 30 Januari 2023

“Kali terakhir saya mengarahkan film seram adalah Dukun pada tahun 2006. Saya tak sa-
bar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan, terutamanya
peminat filem seram, pada bulan Februari tahun depan!”
– Dain Said (Pengarah filem Harum Malam)

Dukun, yang ditayangkan pada 2018 adalah antara filem paling pecah panggung ber-
genre seram Malaysia. Dain Said telah menerima Anugerah Pengarah Terbaik pada
Anugerah Skrin 2019 untuk filem Dukun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat