KOTA KINABALU – [RASMI] Warisan sekali lagi dilaporkan ‘mencuri’ kemenangan daripada Barisan Nasional (BN) di DUN N.30 Bongawan.
Calon Warisan Daud Yusof memperoleh 5,542 undi manakala Datuk Mohamad Alamin hanya meraih 4,569 undi.
Bongawan menyaksikan pertembungan 9 penjuru.
Terdahulu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dilaporkan berjaya memenangi kerusi DUN Bongawan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu.
BN setakat ini hanya menang di 6 kerusi DUN Sabah.



