BN sedia kerjasama bentuk kerajaan stabil di Sabah

KOTA KINABALU — Barisan Nasional (BN) menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan parti-parti yang selari dalam usaha membentuk kerajaan negeri yang stabil susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2025.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan PRN yang menyaksikan seramai 596 calon bertanding merupakan gambaran jelas kesuburan demokrasi di Sabah.

“Sebagai sebuah parti yang sentiasa memberikan keutamaan kepada soal
kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, BN bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk sebuah Kerajaan baharu untuk
kestabilan politik Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa keputusan tersebut membuktikan BN masih mempunyai asas sokongan yang teguh dan terus menjadi salah satu blok politik penting dalam landskap politik negeri.

“Perjalanan Sabah ke hadapan memerlukan komitmen semua pihak, dan BN akan terus memainkan peranan konstruktif bagi memastikan negeri itu melangkah ke arah kemajuan serta kemakmuran.

“Barisan Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi
yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN,” katanya.

BN turut menyeru rakyat Sabah mengekalkan keamanan, perpaduan dan rasa hormat terhadap proses demokrasi yang sedang berlangsung sepanjang rundingan pembentukan kerajaan negeri diteruskan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat