AADK pandang serius insiden kematian klien, tindakan tegas terhadap pelaku

Oleh Zihan Zari

KAJANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengambil maklum hasil siasatan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung kes kematian klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Batu Kurau, Perak pada 14 Mac lalu.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Ruslin Jusoh menegaskan bahawa agensi ini memandang serius perkara tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk kecuaian yang melibatkan kebajikan dan keselamatan klien.

“Tindakan tatatertib telah diambil terhadap pegawai dan kakitangan yang terlibat, selaras dengan Perintah Tetap Ketua Pengarah (PTKP) dan prosedur operasi standard (SOP) AADK, ”katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata agensi komited untuk melaksanakan cadangan penambahbaikan yang disyorkan EAIC, termasuk pemerkasaan prosedur kemasukan dan pengurusan kesihatan klien serta menambah baik PTKP bagi memastikan pengurusan kesihatan klien lebih menyeluruh dan berkesan.

“Naziran menyeluruh juga akan dilakukan di semua PUSPEN dengan mengadakan pemeriksaan dan pemantauan dalaman bagi memastikan pematuhan terhadap semua prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan sedia ada.

“Selain itu, latihan penyegaran kepada kakitangan AADK telah dibuat dan dilaksanakan secara berkala bagi memastikan tahap kompetensi pegawai sentiasa berada pada tahap tinggi, ”katanya lagi.

Ujarnya, AADK sentiasa mengingatkan kepada semua kakitangan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi mematuhi SOP serta garis panduan berdasarkan PTKP.

“AADK komited untuk terus menjalin kerjasama erat dengan EAIC dalam usaha memperkukuh tadbir urus yang baik di peringkat agensi, khususnya melibatkan aspek siasatan terhadap sebarang aduan salah laku dan isu integriti dalam kalangan warga AADK, ”ujarnya lagi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat