Pesakit beratur panjang, ini penjelasan Hospital Selayang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Hospital Selayang tampil menjelaskan video tular yang melaporkan pesalit beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu.

Pengarah Hospital Selayang, Dr Sakinah Alwi memaklumkan bahawa sepanjang tempoh pandemik Covid-19, penjarakan fizikal telah diamalkan mengikut SOP yang ditetapkan dan pihak Hospital Selayang terpaksa menghadkan bilangan pesakit yang berada di dalam ruangan Klinik Pakar pada satu satu masa tertentu.

Hal demikian, katanya, secara tidak langsung, ia telah mengakibatkan ramai pesakit beratur di luar Klinik Pakar.

“Memandangkan Hospital Sungai Buloh merupakan hospital utama Covid-19 serta Hospital Kuala Lumpur telah dijadikan hospital hybrid bagi merawat pesakit Covid-19.

“Jadi Hospital Selayang membantu supaya kesinambungan rawatan pesakit hospital-hospital tersebut tidak terjejas.

“Pada masa yang sama, Hospital Selayang terus memberikan perkhidmatan rawatan bagi pesakit-pesakit sedia ada. Oleh itu, pertambahan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang pada masa ini tidak dapat dielakkan,” jelas Dr Sakinah.

Beliau turut mengemukakan beberapa langkah penambahkan yang dijalankan iaitu, menyediakan khemah di tapak meletak kereta di hadapan Lobi Klinik Pakar. Langkah ini adalah tindakan sementara sehingga Anjung Pelawat yang dirancang dapat direalisasikan.

“Menambahbaik sistem laluan pesakit mengikut waktu temujanji yang telah ditetapkan supaya dapat menjamin tidak berlaku kesesakan di dalam ruang menunggu Klinik Pakar.

“Memulakan perkhidmatan bilik ambil darah di luar Klinik Pakar lebih awal dari waktu yang dirancang yang mana dapat mengurangkan bilangan pesakit daripada berbaris di laluan yang sama ke Klinik Pakar,” ujarnya.

Selain itu katanya, Hospital Selayang juga mewujudkan sistem serahan surat rujukan yang dapat mengurangkan lagi bilangan pesakit yang perlu berbaris di laluan ke Klinik Pakar.

“Dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di atas, pihak Hospital Selayang sentiasa memastikan pematuhan kepada SOP,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat