Lelaki Bawa Pokok Pisang Guna Kereta Disaman

Malaysia Hargai Sumbangan EU Bantu Mangsa Banjir – Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien mengucapkan terima kasih dan menghargai budi baik Kesatuan Eropah (EU) kerana menyumbang RM300,000 demi untuk membantu...

Nazri Aziz positif Covid-19

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang disahkan positif Covid-19. Malaysiakini melaporkan, Nazri berkata dia membuat...

Annuar Musa gesa Ahmad Maslan rujuk pakar perlembagaan

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli...

Malaysia bergerak ke belakang?

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menggambarkan Malaysia kini bergerak ke belakang. Katanya, dari sebuah negara demokrasi namun ketika ini bertukar...

Apa salahnya bagi diskaun elektrik masa PKP

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan syor kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memberikan diskaun elektrik kepada rakyat...

JOHOR BAHRU – Perbuatan seorang lelaki membawa sebatang pokok pisang menggunakan kereta sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain semalam, membongkar 18 saman trafik, empat waran tangkap serta 10 saman ‘non-compoundable’ terhadapnya yang masih belum selesai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 30 tahun berkenaan yang hadir di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri bagi memberi keterangan berhubung insiden pokok pisang pagi tadi kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi menyelesaikan saman tertunggaknya.

Dia juga dikenakan saman trafik atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai, katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu rakaman video sebuah kereta Toyota Vios membawa sebatang pokok pisang secara melintang sehingga mengganggu trafik di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai di sini, semalam.

Mengulas kes itu, Dzulkhairi Mukhtar berkata selepas rakaman video itu tular menerusi media sosial, polis telah menghubungi pemilik kenderaan Toyota Vios tersebut yang berada di Singapura.

“Anak pemilik kenderaan itu hadir di balai memberi keterangan semalam dengan menyatakan kereta tersebut dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk tujuan upacara sembahyang di kawasan Mutiara Rini,” katanya.

Beliau berkata susulan itu, suspek hadir di balai polis untuk membantu siasatan pada 9.30 pagi tadi yang membawa kepada pembongkaran pelbagai saman lampau tertunggaknya.

Menurutnya, kenderaan itu turut disita mengikut Sekyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Malaysia Hargai Sumbangan EU Bantu Mangsa Banjir – Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien mengucapkan terima kasih dan menghargai budi baik Kesatuan Eropah (EU) kerana menyumbang RM300,000 demi untuk membantu...

Annuar Musa gesa Ahmad Maslan rujuk pakar perlembagaan

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli...

Malaysia bergerak ke belakang?

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menggambarkan Malaysia kini bergerak ke belakang. Katanya, dari sebuah negara demokrasi namun ketika ini bertukar...