Kes Tetak Bekas Penyelidik MARDI: 10 Individu Ditahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis menahan 10 individu yang disyaki terbabit dalam kejadian samun dan tetak seorang bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar mengesahkan penahanan tersebut yang dilakukan setakat malam tadi.

Menurutnya, perincian mengenai tangkapan tersebut akan didedahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin dalam satu sidang media hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi semalam, Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera di tangan kanan akibat ditetak.

Mangsa dipercayai ditetak dengan parang apabila cuba melawan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk dari tingkap dapur banglo dua tingkat itu.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat