Ada banyak lagi rekod yang Bersatu malu nak berbangga – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pada pehimpunan agung Bersatu kali ketiga hujung minggu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti itu mendedahkan “pencapaian terbaik” yang dicapai sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, ia mendapat respons sinis daripada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang mendakwa Bersatu bangga mencipta sejarah.

“Muhyiddin bangga, dia mencipta sejarah kerana berjaya menumbangkan parti UMNO sebagai parti besar dan lama.

“Begitu juga Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal pula bangga Bersatu mencipta sejarah kerana memiliki dua Perdana Menteri walaupun umur baru setahun jagung,” catat Puad di Facebooknya.

Kata beliau lagi, sebenarnya banyak lagi sejarah ciptaan Bersatu, antaranya, menang satu kerusi di Perak tetapi Menteri Besar dilantik dari Bersatu.

Bahkan Puad menegaskan, situasi sama juga berlaku apabila Bersatu cuma menang 13 kerusi tetapi jawatan Perdana Menteri mereka punya.

“Justeru Bersatu parti yang bangga mencipta sejarah. Tetapi banyak lagi sejarah lain yang Bersatu cipta. Cuma mereka malu untuk berbangga. Antaranya Bersatu satu satunya parti penguasa yang didokong oleh majoriti Ahli Parlimen ‘katak’.

“Perdana Menteri Bersatu juga mencipta sejarah kerana kali pertama nasihat Perdana Menteri (kes darurat) di bawah Perkara 40 kepada Yang di-Pertuan Agung tidak laku dan tidak diguna pakai.

“Di Johor, dua Menteri Besar dari Bersatu paling singkat pegang jawatan dalam tempoh tidak sampai tiga tahun.

“Apakah kerajaan dokongan Bersatu akan tumbang kali kedua sebelum tamat tempoh sepenggal memerintah? Selamat memecah banyak rekod,” sindir Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat