‘Yakin Najib di pihak yang benar’ – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ke atas Datuk Seri Najib Razak bukanlah pengesahan bahawa bekas Perdana Menteri itu telah terbukti bersalah.

Menurut Presiden Umno merangkap Pengerusi BN itu beliau malah yakin Najib berada di pihak yang benar.

“Saya, dengan rasa penuh penghormatan terhadap kedaulatan undang-undang dan tanpa sebarang niat untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membuat dapatan prima facie selanjutnya memanggil untuk membela diri bekas pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak.

“Keputusan ini bukanlah satu pengesahan bahawa beliau telah terbukti bersalah, tetapi adalah ruang dan peluang Datuk Seri Najib untuk membela diri dan membuktikan diri beliau tidak bersalah.

“Mewakili Umno dan BN juga sebagai seorang sahabat, kami yakin Najib berada di pihak yang benar.

“Kami akan terus memberikan sokongan untuk memastikan beliau mendapat keadilan,” tegas Zahid dalam kenyataan media pada Rabu.

Beliau juga memberitahu akan sentiasa mendoakan agar pelaku sebenar di sebalik penyelewengan 1MDB dibawa ke muka pengadilan dan mudah-mudahan
Najib diberikan keadilan sewajarnya.

Najib hari ini diperintah untuk membela diri atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap bekas perdana menteri dan menteri kewangan terbabit.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat