Pegawai SPRM didenda RM10,000 kerana peras ugut polis

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas didapati bersalah memeras ugut seorang pegawai polis di Pulau Pinang dalam kejadian tiga tahun lalu.

Tertuduh, Rommy Ma’i’aruf, 41, yang berpakaian kemeja biru laut, kelihatan tenang ketika Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman berkenaan terhadapnya.

Sri Pracha menjatuhkan hukuman itu selepas pihak tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada tiga orang anak itu, dihukum penjara 24 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda dikenakan.

Ketika didakwa pada 30 November 2017, Rommy mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memeras ugut seorang pegawai polis yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram di daerah Seberang Perai Tengah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazri Abdul Rahim dan Yusaini Amer Abdul Karim, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Piyara Singh.

Rommy yang ketika kejadian seorang penolong penguasa SPRM yang bertugas dalam Unit Risikan SPRM Putrajaya (Zon Utara) ditahan polis di sebuah restoran dekat Machang Bubuk di sini pada 9 Jun 2017.

Dia ditahan selepas didapati melakukan perbuatan memeras ugut ke atas Inspektor Ahmad Hasbi Mohd Fauzi, 35 di perkarangan stesen minyak Petronas Seberang Jaya pada jam 9.30 malam, sehari sebelum perbuatannya terbongkar.

Tertuduh didakwa mendorong mangsa yang bertugas sebagai inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) menyerahkan wang tunai RM3,000 sebulan, bagi melindungi mangsa yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram daripada ditangkap SPRM.

Susulan hukuman itu, tertuduh membayar denda yang dikenakan terhadapnya.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat