Pencalonan Anugerah BESHEXA 2026 dibuka, ditutup pada 19 Oktober ini – LJM

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Pencalonan BEM-ECP Safety, Health and Environmental Excellence Award (BESHEXA) 2026 yang dianjurkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) telah dibuka mulai 25 September 2026 dan akan ditutup pada 19 Oktober ini.

LJM dalam kenyataan berkata, bagi membantu Amalan Perundingan Kejuruteraan (Engineering Consultancy Practices – ECP), LJM akan mengadakan Webinar BESHEXA 2026: Guidelines and Evaluation Criteria pada 5 Oktober ini (Isnin), dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari menerusi Zoom.

“LJM terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan standard amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (Safety, Health and Environmental – SHE) dalam sektor perundingan kejuruteraan di Malaysia menerusi BESHEXA 2026.

“Dianjurkan setiap dua tahun, BESHEXA mengiktiraf Amalan Perundingan Kejuruteraan (ECP) yang menunjukkan kecemerlangan terbukti dalam prestasi SHE, di samping menyediakan platform penilaian bebas dan profesional bagi membolehkan organisasi menanda aras amalan pengurusan serta budaya tempat kerja masing-masing.

“Inisiatif ini menekankan kepentingan penerapan aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam amalan kejuruteraan. Ia turut menyokong pelaksanaan standard pengurusan yang diiktiraf, khususnya ISO 45001:2018 (Occupational Health and Safety Management Systems) dan ISO 14001:2015 (Environmental Management Systems), ”kata kenyataan itu.

Katanya, menerusi BESHEXA 2026, LJM berhasrat mengenal pasti dan mengetengahkan amalan Safety, Health and Environmental (SHE) yang cemerlang bagi menggalakkan penerapan yang lebih meluas dalam industri kejuruteraan.

“Anugerah ini turut menggalakkan perkongsian pengetahuan dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan ECP ke arah mewujudkan tempat kerjai yang lebih selamat, sihat dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

“ECP yang menyertai BESHEXA 2026 dikehendaki mengemukakan laporan eksekutif, dokumen bukti sokongan dan video berdasarkan Kriteria Penilaian dan Pemarkahan yang ditetapkan.

“Penyertaan akan dinilai oleh panel juri melalui semakan dokumen dan, sekiranya perlu, penilaian di lokasi serta sesi pembentangan,”katanya lagi.

Ujarnya, sesi ini akan memberikan penerangan mengenai keperluan anugerah, kriteria penilaian dan sistem pencalonan. Peserta webinar akan diberikan 2.0 jam CPD.

Maklumat lanjut mengenai BESHEXA 2026, termasuk kriteria anugerah dan maklumat pencalonan, boleh diperoleh di https://awards.bem.org.my/beshexa.html – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat