Amerika Beri Radar Jarak Jauh Bernilai RM100 Juta Kepada Malaysia

- Advertisement -

JABATAN Pertahanan Amerika Syarikat telah mengeluarkan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar jarak jauh kepada Malaysia.

Pakej termasuklah alat ganti dan latihan kepada anggota-anggota TUDM yang bakal mengendalikannya, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bertarikh Sept 24 lalu menyebut bahawa syarikat Lockheed Martin di Liverpool, New York telah dianugerahkan kontrak bernilai US$25.1 juta untuk “Malaysia Ground Based Radar System.”

Kos pembekalan radar jarak jauh untuk Malaysia itu dibiayai menerusi peruntukan “Fiscal 2021 Building Partner Capacity Funds” oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Mengenai jenis radar jarak jauh yang akan dibekalkan kepada Malaysia itu, portal Malaysian Defence mengatakan ia berkemungkinan besar adalah “TPS-77” kerana merupakan produk yang dihasilkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Coverage (liputan) bagi radar AN/TPS-77 ini adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika, dan ia adalah radar bergerak mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi.

Mengenai lokasi penempatan radar jarak jauh yang dibekalkan oleh kerajaan Amerika Syarikat ini, terdapat kemungkinan radar Lockheed Martin ini akan ditempatkan di pangkalan udara “bare bone base” TUDM di Bintulu, Sarawak.

Ini kerana pemberian radar kepada Malaysia itu mungkin adalah usaha Amerika Syarikat untuk membantu kita memperkuatkan pengawasan dan pemantauan di Laut China Selatan.

adi, memang sesuailah jika radar jarak jauh itu ditempatkan di Bintulu yang terletak berhadapan dengan Laut China Selatan itu.

Ia akan meningkatkan keberkesanan “mata dan telinga” kita di Laut China Selatan.

Pada 12 Sept lepas, Defence Security Asia melaporkan bahawa 12 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berada di Amerika Syarikat untuk menghadiri Kursus Orientasi Operasi Radar (Radar Operations Orientation Course) oleh Western Air Defense Sector, Tentera Udara Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh nationalguard.mil – kursus itu berlangsung daripada 2 hingga 27 Ogos.

Hurn merupakan pegawai perhubungan Tentera Laut dan koodinator bagi State Partnership Program (SPP) untuk Western Air Defense Sector.

– Defense Security Asia

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat