MB Pahang: Exco Pahang Diuji Negatif Covid-19

- Advertisement -

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI BESAR PAHANG

KEPUTUSAN UJIAN PCR YB DATO’ NAZRI NGAH NEGATIF, TIADA GEJALA

Sukacita saya maklumkan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Nazri Ngah yang dikehendaki menjalani ujian kedua menerusi PCR (Polymerase Chain Reaction) semalam, adalah didapati negatif.

Ini disahkan oleh Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Hj Bahari Dato’ Tok Muda Che Awang Ngah kepada saya pagi ini.

Oleh itu, saya turut dimaklumkan bahawa, kesemua mereka yang terlibat dengan Dato’ Nazri sebelum ini, tiada risiko dijangkiti.

Sungguhpun begitu, saya merayu kepada orangramai supaya meneruskan amalan-amalan yang disarankan sepertimana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keslamatan Negara (MKN).

Kita tidak boleh sekali-kali alpa tentang perkara ini kerana wabak pandemikCOVID-19 masih berada dalam komuniti kita yang wajib berwaspada serta berusaha untuk membendung dan mengatasinya, In Sya Allah.

Mengambil kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri serta kakitangannya, yang bertindak pantas dalam menangani isu terkini yang dihadapi.

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar
30 September 2020

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat