M Daud Kilau kian uzur

Saarani Nafi Ada Komplot Tukar MB Perak

Ipoh - UMNO Perak menafikan dakwaan ia berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu untuk merampas jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Timbalan Presiden...

TUDM Percepat Hantar Bantuan Petugas Kesihatan Ke Sabah

KUALA LUMPUR - Situasi 'cemas' di Sabah susulan kes Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan ratusan petugas kesihatan dari Semenanjung Malaysia segera diterbangkan ke sana...

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Isu Covid dan Darurat Perlu Keputusan Bijaksana, Rujuk Pakar – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam menangani isu pandemik COVID-19 dan soal pelaksanaan perintah darurat, ia perlu dirujuk kepada setiap pihak yang mempunyai kepakaran mengenai isu...

Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

PETALING JAYA - Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB)...

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan penyanyi jolokan Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau, 82, semakin uzur apabila diuji dengan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun lalu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sirih Pinang itu mempunyai kencing manis, jantung dan kini, kurang pendengaran. Beliau juga sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang.

“Saya doakan peminat panjang umur dan murah rezeki. Doakan juga saya cepat sembuh. Jika tak baik, tidak apa.

“Kalau saya ‘pergi’, doakan saya selamat pergi dan sedekahkan al-Fatihah,” katanya menitipkan pesanan buat peminat.

 

Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau kini uzur dan tidak dapat meneruskan aktiviti nyanyian. - Foto Noor Hidayah Tanzizi
Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau kini uzur dan tidak dapat meneruskan aktiviti nyanyian. – Foto Noor Hidayah Tanzizi

 

M Daud atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau berkata, dia tidak lagi dapat memenuhi undangan persembahan sejak sakit.

“Nak berjalan pun sudah tidak larat dan solat atas bangku.

“Saya kini bergantung dengan ubat. Saya kena melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Bagan Datuk tiga bulan sekali. Saya banyak menghabiskan masa dan sisa hidup mencari saham akhirat,” katanya kepada BH Online.

Beliau ditemui ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin yang menziarahinya di kediaman di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk, hari ini.

M Daud yang kini tinggal bersama isteri, Datin Rohani Awang Ngah, 63, dan anak lelakinya turut menerima bantuan kerajaan negeri dalam kunjungan itu.

Katanya, dia rindu untuk beraksi di pentas dengan menggayakan baju labuci.

“Saya sayang dan merindui peminat. Jika kesihatan sudah baik, insya-Allah akan memenuhi undangan dan bertemu mereka.

“Hari ini, saya rasa seperti penyakit hilang separuh kerana ramai yang datang melawat dan membawa rezeki. Syukur, saya tidak dapat membalas budi baik,” katanya.

Sementara itu, Mohd Akmal berkata, kerajaan negeri akan melihat bantuan yang bersesuaian untuk penyanyi veteran itu.

“Kami sentiasa prihatin dengan keadaan kesihatan M Daud yang kian uzur. Baitulmal akan membuat pemeriksaan lanjut untuk melihat bentuk bantuan yang akan disalurkan,” katanya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Kayuhan ‘kaut’ pengalaman

Kini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di negara ini. Di mana sahaja terutama pada hujung minggu kita dapat melihat pelbagai lapisan usia...

Pelindung peranti

Kuala Lumpur: Pelindung belakang peranti pintar sememangnya penting kerana ia bukan saja untuk gaya, namun lebih memberi perlindungan kepada peranti jika terjatuh di permukaan...

Beza babak belakang tabir

GAMBAR belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia...