Isu tutup 200 pusat tahfiz adalah fitnah – PITAS

- Advertisement -

SHAH ALAM – Isu penutupan lebih 200 pusat tahfiz oleh pihak tertentu adalah fitnah dan tidak bersandarkan fakta serta bukti yang kukuh.

Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS), Muhd. Hafiz Haneefa berkata, kenyataan dikeluarkan pihak tidak bertanggunjawab itu sepatutnya disertakan dokumen yang lengkap.

Ini katanya, agar tidak menjadi pertikaian antara pihak berkuasa agama dan umat Islam sehingga kini.

“Itu adalah satu fitnah dan memang tidak benar sama sekali. Beritahu saya, (mana) fakta dan sekolah yang mendapat surat arahan penutupan.

“Perkara ini saya sahkan sendiri dengan Pengerusi Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) dengan mereka juga terkejut dari mana datang kenyataan tersebut.

“Tidak tahu dari mana, tiada siapa yang dapat sahkan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, fitnah mengatakan lebih 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup secara tidak langsung merisaukan ibu bapa.

Titah baginda, ini juga boleh menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi agama dan pihak berkuasa agama khususnya di negeri ini.

Justeru, Sultan Sharafuddin bertitah supaya pihak polis mengesan kumpulan pemfitnah yang menyebarkan dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Muhd. Hafiz menjelaskan proses pemutihan pusat tahfiz sedang berjalan sejak tahun 2017 hingga kini.

“Perkembangan terbaharu adalah 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) telah bersetuju dengan satu garis panduan di bawah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) untuk pelaksanaan proses pemutihan yang lebih membantu pusat tahfiz dan sekolah agama,” tegasnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat