Tajuk Berita Kenyataan Annuar Di Portal BH Salah, Timbulkan Salah Faham – SUA

- Advertisement -

Tajuk berita yang disiarkan portal media Bharian.com.my ‘Pemimpin bawahan BN perlu ‘jaga mulut’ pada Ahad adalah salah, diada-adakan dan tidak mengambarkan kenyataan sebenar Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Setiausaha Akhbar beliau, Tun Faisal Ismail Aziz berkata tajuk berita tersebut telah mengakibatkan salah faham di kalangan ahli akar umbi UMNO dan mencetuskan polemik yang tidak perlu.

“Apa yang dimaksudkan oleh Tan Sri Annuar Musa adalah teguran kepada pihak media agar merujuk kepada sumber yang lebih tepat mengenai perkara-perkara berkaitan dasar parti,”ujarnya dalam satu kenyataan media Ahad malam.

Menurut Tun Faisal, kenyataan dalam sidang media Annuar pada pagi Ahad di Putrajaya adalah teguran agar pihak yang tidak terlibat dalam perbincangan tentang sesuatu perkara berkaitan dasar parti tidak membuat andaian, menyalah tafsir dan mengulas mengenai dasar parti seolah-olah mereka berada dalam mesyuarat dan perbincangan mengenai perkara tersebut sehingga mengakibatkan kecelaruan dan kekeliruan di peringkat akar umbi.

“Berkaitan perkara tersebut, eloklah mereka terlebih dahulu (pihak media) merujuk kepada sumber dalam kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang terlibat dalam mesyuarat dan perbincangan ini agar mereka mendapat info sebenar yang lebih tepat,”katanya.

Tun Faisal juga mengucapkan terima kasih kepada editor Berita Harian yang telah bertindak mengubah tajuk tersebut kepada tajuk yang lebih tepat.

“Saya meminta jasa baik pihak media untuk berhati-hati dalam menyiarkan tajuk berita dan berharap agar pembaca tidak sekadar membaca tajuk sesuatu berita tanpa melihat juga kandungan berita tersebut,”katanya.

Carian di portal berita tersebut menunjukkan berita yang dimaksudkan itu sudah ditukar ke tajuk ‘Pemimpin bawahan BN, UMNO perlu elak komen dasar parti’. – WILAYAHKU

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat