Yonnyboii serlahkan sisi Rock dalam lagu terbaru berjudul ‘Nadi’

- Advertisement -

Penyanyi terkenal Yonnyboii sekali lagi mencuri perhatian peminat dengan karya terbarunya berjudul ‘Nadi’. Lagu ini bukan sekadar sebuah karya biasa, tetapi mengandungi mesej mendalam dan penuh emosi, diiringi dengan sentuhan gitar mantap oleh Jobranko, pemain gitar tersohor dari kumpulan Wings.

Yonnyboii menjelaskan bahawa ‘Nadi’ adalah sebuah lagu istimewa yang terilham dari pengalaman peribadi. Dicipta bersama komposer Amy Bong, lagu ini diharap dapat menyentuh hati ramai pendengar. “Saya mahu Nadi’ ini dirasa secara peribadi dalam hati pendengar. Lagu ini saya tulis mengenai bagaimana saya berdepan keresahan dan ketakutan apabila berjumpa dengan orang baharu. Saya mahu mereka yang berdepan situasi serupa dapat bangkitkan kekuatan dalam diri untuk menanganinya,” kata Yonnyboii.

Mesej utama dalam ‘Nadi’ adalah untuk menyuntik semangat hidup kepada pendengar, khususnya mereka yang berusaha untuk bebas dari perasaan gelap yang menghantui. “Ia menggambarkan bagaimana saya dihantui sebuah perasaan tertentu dan mahu bebaskan diri daripadanya. Kesimpulannya, saya cuba mengejar kebebasan,” tambahnya.

Lebih mengujakan, ‘Nadi’ turut menampilkan kolaborasi dengan Jobranko, legenda gitar dari kumpulan Wings. Bagi Yonnyboii, peluang bergandingan dengan Jobranko adalah satu penghormatan besar. “Jobranko jugalah sebenarnya menjadi kekuatan terpenting dalam ‘Nadi’. Mainan gitarnya menghidupkan lagi lagu ini dan membawanya ke tahap tersendiri. Saya bangga apabila gabungan ini tercipta daripada dua generasi berbeza,” ujarnya.

Jobranko turut berkongsi pandangannya mengenai kolaborasi ini. “Sebenarnya kolaborasi ini memang sesuatu yang tidak dijangkakan. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk beraksi dalam lagu *Nadi* dengan Yonnyboii. Saya sangat menghargai kerana artis muda dan masih meningkat masih lagi mengenali Jobranko untuk membuat satu kolaborasi bersama-sama,” kata Jobranko yang juga bekas anggota kumpulan Wings. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada produser Amy Bong, Universal Music Malaysia, dan pasukan Yonnyboii untuk kerjasama ini.

Muzik video (MV) ‘Nadi’ yang telah dilancarkan baru-baru ini turut mendapat pujian Yonnyboii. Dengan arahan kreatif oleh Andrew Lim, MV tersebut disifatkan cukup memuaskan. “Andrew berjaya memberi hasil yang sangat baik untuk menggambarkan isi hati saya. Konsep ‘grunge’ dan rock yang saya inginkan berjaya direalisasikan dengan cemerlang,” jelasnya.

Yonnyboii berharap ‘Nadi’ dapat mengulang kejayaan lagu-lagu terdahulunya dan mesej yang dibawa akan membekas di hati pendengar. “Saya memang meletakkan harapan yang cukup besar terhadap *Nadi*. Semoga lagu ini akan digemari ramai dan mesej yang cuba saya sampaikan dapat menusuk hati ramai pendengar,” katanya penuh harapan.

‘Nadi’ kini boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music mulai 21 Jun 2024. Muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Yonnyboii pada tarikh yang sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat